Thursday, 30 March 2017

PUISI [BERIKAN AKU CHENTA]

Saya dari dulu memang minat dalam penulisan sajak dan puisi.sejak dari bangku sekolah hingga la meningkat dewasa.Kebanyakan puisi dan sajak yang saya hasilkan telah musnah,tapi bukan kerana bencana alam,tetapi kerana dibakar oleh ibu saya.Bukan kerana karya saya berunsur sesat,tapi disebabkan puisi-puisi saya dicatitkan dikertas-kertas dan bersepah tidak tersusun,jadi ibu saya membakarnya untuk mengelakan daripada menjadi pusat sehenti lipas-lipas gelandangan.

Pernah dulu saya menyamakan tindakan ibu saya seperti tindakan hitler yang membakar bahan-bahan bacaan sewaktu zaman kekuasaannya di jerman satu ketika dulu.


Walaupun begitu,saya tetap menulis puisi dan sajak bila ada waktu terluang,cuma kali terakhir saya berhenti menulis selepas sajak kemerdekaan saya dipilih diantara 1000 karya sempena hari kemerdekaan.Sajak yang digabungkan menjadi sebuah buku antologi seribu sajak kemerdekaan.Agak membanggakan apabila satu artikel disuratkhabar tempatan mengatakan buku seribu sajak kemerdekaan akan di isytihar sebagai khazanah negara.Ini bermakna satu daripada seribu sajak tersebut akan dibaca oleh generasi-generasi akan datang dan satu sajak itu adalah hasil nukilan saya.

Selepas sajak kemerdekaan yang saya hasilkan,saya mulai hilang segala idea untuk menghasilkan sebarang puisi.mungkin disebabkan faktor kerja yang sibuk sehingga saya hilang segala kemahiran dalam berkarya.Walaupun begitu,saya tetap menghasilkan sebuah puisi bersifat ketuhanan,tapi kebanyakan orang menilai karya itu sebagai cinta pada makhluk,hakikatnya,karya baru saya itu lebih kepada cinta pada sang pencipta.sebuah luahan dari hati saya yang ingin kembali ke pangkal jalan.

******************************************************************
Berpaling aku daripada mu,
itu bukan niatku,
terpadamnya lampu-lampu dihatiku bersama kelip-kelip rindu,
melayang-layang rasa pilu,
jantungku tak mungkin berdegup tanpa nadi cintamu,
aku masih berdiri tanpa rasa malu,
tarik nafas lega ku,
mengincah kelodak dijiwa yang lalu,
janji ku,
jenaka ku,
bisik ku jemu,
menggumam tanda keliru,
maha rindu ku kerana kamu,
ingin aku mendekati mu,
ingin aku mengenali mu,
ingin aku merasakan cinta daripada mu,
maafkan aku dari hujung dunia hingga ke hujung pintu syurga,
maafkan aku yang terleka didunia fana,
ku angkat telunjuk ku ke barat cinta,
tunduk sujudku,
ku sembah,
tangisku bukan kerana aku,
tapi kerana kamu yang setia menunggu ku,
kelip-kelip rindu menerangi kegelapan hati ku,
dan kau masih setia menunggu,
dan terus menunggu,
Ya Allah...
berikan lah aku cintaMu…

Wednesday, 29 March 2017

Aku Gay!

Gay..kalau dulu² orang kata saya Gay..saya dengan bangga mengatakan..Ya..saya Gay!Gay yg tertulis didalam kamus dahulu menggambarkan emosi riang..gembira..tapi setelah zaman semakin canggih,makna gay telah dirosakkan dengan menggambarkan perlakuan yg menjijikkan..iaitu homoseksual..gay kini diertikan sebagai manusia yg bernafsu songsang...yg menyukai jantina sesama jenis.Jika anda fikir golongan suka sesama jantina ini adalah perkara baru,anda semestinya silap,kerana Golongan LGBT(LESBIAN GAY BISEKSUAL TRANSGENDER)telah wujud beratus ribu tahun dahulu.salah satu contohnya kaum² dizaman nabi luth seperti yg tertulis didalam al-quran surah al-araaf ayat 80-81.


"Dan(Kami telah mengutus)Luth(kepada kaumnya)."Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah(homoseksual) itu,yang belum pernah dikerjakan oleh seseorang pun (di dunia ini sebelum mu?).Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu(kepada mereka),bukan kepada wanita,malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".


Seperti biasa seorang homoseks akan mendatangkan hujah songsangnya yg mengatakan al-quran tidak menulis satu perkataan homoseks pun didalamnya.kita boleh menjawabnya dengan berbagai jawapan yg berilmiah,tapi saya lebih gemar memberikan jawapan secara logik akal seperti ini,
"al-quran langsung tidak menyebut mengenai bangsa melayu,cina atau india,jadi adakah kita semua ni tak wujud??".
soalan yang sama ditujukan pada homoseks.jika tiada didalam al-quran,adakah golongan ini tidak wujud?sudah tentu jawapannya tidak!


Walaupun nama bangsa melayu atau bangsa iban tidak disebut secara terus,tetapi didalam al-quran ada menyebut kita dicipta berbangsa² serta berlainan bahasa supaya kita saling kenal mengenal satu sama lain.Dengan ayat yang pendek itu saja sudah cukup untuk golongan berakal faham yang Allah  s.w.t mengciptakan banyak sekali bangsa didunia ini tanpa perlu menyebut satu persatu jenis bangsa yang ada,bukankah terlalu bijaksananya Allah dalam menerangkan sesuatu?

Begitu juga dengan perkataan 'homoseks'.Allah tak perlu menyebut golongan gay lesbian dan seangkatan dengannya secara panjang lebar.ayat al-quran begitu indah jika dibaca oleh manusia² yg berfikir.Jadi,jika anda seorang yg mahu mencari kesalahan dalam al-quran,anda tidak akan jumpa sebarang kekurangan..kerana al-quran sangat sempurna.kekurangan yg anda mungkin jumpa,mungkin cuma sel² didalam otak anda saja.Berbalik pasal homoseks.Ya,mungkin tiada perkataan 'homoseks' tercatat didalam al-quran,tetapi Allah kurniakan kita otak supaya kita boleh berfikir menggunakannya.So gunakan lah otak tersebut dengan betul.


Golongan LGBT ini semakin hari semakin meningkat sejak Allah menghapuskan mereka beratus ribu tahun dahulu.Dulu,golongan ini senang dikesan,kerana mereka boleh dijumpai ditaman² bunga serta di lorong² gelap diwaktu malam.kini golongan ini sukar dikesan kerana banyak melibatkan golongan profesional.Ya,contohnya,guru,ahli politik,artis,dan banyak lagi jika mahu disebutkan.Pengalaman saya semasa remaja dahulu,membuatkan saya mengenali ramai golongan gay dikalangan selebriti serta dibidang kewartawanan,diwaktu itu saya agak terkejut bila diberitahu yg ada dikalangan ahli politik lelaki mahupun wanita yg terlibat dalam LGBT.Saya juga mengenali beberapa artis yg tidak pernah saya sangka mereka adalah seorang homoseksual.Pernah suatu ketika dahulu,Ratu cantik pondan asia tenggara menumpang tidur dikotak penginapan saya (menumpang tidur je tau..huhu).Sedikit sebanyak saya mengetahui bahawa golongan ini semakin hari semakin meningkat tinggi,andainya kita tidak memberikan mereka nasihat untuk mereka berubah,suatu hari nanti mungkin nasib kita akan sama seperti nasib kaum nabi luth.


Ramai dikalangan mereka yg mampu diubah,tetapi semuanya bergantung pada diri mereka & juga masyarakat.Kerana dizaman ini kita lebih suka mendakwa daripada mendakwah mereka.saya cuma mahu nasihatkan anda,khasnya pada dai-dai cyber mahupun ustaz ustazah facebook,andainya mahu berdakwah dengan golongan ini,jangan lah menggunakan perkataan yg menghina & terus menjatuhkan hukuman mandatori pada mereka.andai mereka masih tidak mahu berubah dengan nasihat yg diberi,Allah jua la yg maha pengampun lagi maha mengasihani.assalamualaikum.

Monday, 27 March 2017

Tahun yang menyakitkan

Assalamualaikum..Dalam beberapa tahun yang lepas hinggalah dibulan serta tahun ini,saya langsung tak berpeluang untuk online disosial media.Blog baru yang saya cuba bangunkan ini juga terbengkalai,walaupun tiada sesiapa pun yang singgah di blog ini,saya tetap akan meneruskan penulisan didalam blog ini.(syok sendiri..kikiki).Hampir setengah tahun saya tak dapat melakukan sebarang pekerjaan,bukan disebabkan sindrom 'melayu malas' mahupun menunggu rezeki turun daripada langit,Tapi Ini disebabkan saya dan keluarga telah diserang penyakit yang misteri.Boleh dikatakan kami semua mengalami bengkak dikaki dan juga ditangan.Walaupun Situasi ini mungkin bersifat normal,tapi bagi saya ianya agak abnormal..supernatural.

Doktor mengatakan kemungkinan kami diserang penyakit 'angin' dan juga diserang penyakit radang tulang.Bagi saya,mana mungkin kami bertiga diserang penyakit yang sama dan juga pada masa yang sama,ianya agak aneh.Sambil kami berikhtiar perubatan moden,kami juga mencuba perubatan tradisional.Melalui perubatan tradisional,Kami di-diagnosis telah terkena sihir dari seseorang yang dipercayai saudara terdekat kami yang dikatakan marah kerana masalah perebutan tanah pusaka.Ya,begitu detail sekali punca penyakit tersebut diterangkan oleh dokter tradisional itu.Bagi saya,Saya mempercayai kedua-dua pihak,baik moden mahupun tradisional,Mengikut pengalaman saya,'Sihir' merupakan satu entiti yang canggih sekali walaupun ianya telah lama wujud sejak zaman purbakala lagi.Ramai yang tidak sedar,sihir adakalanya menjadi pencetus kepada beberapa penyakit dizaman moden ini.


Contohnya,seseorang yang di-diagnosis  mengalami penyakit batuk kering oleh dokter moden mungkin tidak menyedari,dalang disebalik penyakit tersebut adalah 'sihir'.Mungkin anda merasakan saya begitu kolot ataupun mungkin paranoid,tetapi percayalah,kebanyakan sihir berselindung disebalik penyakit moden.Sihir juga kadangkala menjadi pencetus bagi penyakit-penyakit moden.Tetapi diingatkan,bukan semua penyakit dicetuskan oleh sihir.ok?huhu..


Melalui pengalaman saya akibat terkena sihir 5 tahun lalu,(selalu nau saya kena sihir.huhu).Saya mengalami batuk-batuk dan selalu diserang sakit selama 3 ke 4 tahun.Serius,ubat yang saya kumpul selama 4 tahun tu dah cukup untuk saya membuka farmasi.hohoho.Satu hari tu,saya berusaha untuk mengetahui punca penyakit saya,hampir sebulan saya turun naik ke hospital kerajaan untuk melakukan ujian kesihatan.Selama itu,saya telah diujikaji oleh pihak hospital seperti seekor tikus makmal,Darah saya diambil,paru-paru saya di-Xray,leher saya dicucuk jarum,saya juga ditendang kesana kesini berjumpa pakar-pakar dihospital tersebut.pada mulanya saya disyaki menghidapi penyakit batuk kering a.k.a TB.What the?
!Masa tu saya tersangat la ketakutan.Fikiran saya membayangkan saat-saat kematian saya.


"banyaknya dosa aku"."kalau aku mati macamana?aku belum bertaubat lagi"."Allah  ampun kan ke dosa-dosa aku?".ahhh..masa tu saya betul-betul down,kerja saya pun terganggu akibat terlalu banyak membazirkan waktu untuk appointment  dengan pihak hospital.Selepas beberapa ujian,saya disahkan negatif TB.What?Pihak hospital masih lagi tidak berpuashati,simptom-simptom nya jelas,tetapi hasil ujiannya negatif!,ibarat saya menjadi induk bagi penyakit baru,penyakit yang tiada dalam rekod-rekod perubatan antarabangsa.Saya masih lagi diminta pihak hospital untuk melakukan beberapa ujian,tetapi saya mengelak dan memberi berbagai alasan untuk tidak meneruskan ujian tersebut.

Akhirnya,saya bersama ibu saya mencari alternatif lain,perubatan tradisional.Saya ke sebuah perkampungan di masjid tanah melaka untuk berjumpa seorang Nenek yang juga seorang pengamal perubatan tradisional.Setibanya disana,parking dihalaman rumahnya hampir penuh dengan kenderaan.Sambil berbual-bual dengan pesakit yang menunggu giliran,baru saya tahu,kebanyakan pesakit yang datang kesitu bukannya anak jati melaka,ada yang datang dari selangor,johor dan yang paling jauh sekali daripada singapura.Wow..Bukan calang-calang orang nenek ni.Akhirnya sampailah giliran saya,sambil duduk bersila didepan beliau,nama saya ditanya dan seterusnya saya ditanya tentang penyakit yang saya alami.Saya menerangkan nama dan sakit-sakit yang saya alami.Sambil memotong limau dan terkumat-kamit membaca seseuatu,beliau akhirnya mengatakan sesuatu."kau dah kena santau dengan orang ni".Haaaaa...Santau?saya harus percaya atau tidak?kemudian beliau menyambung semula perbualan tadi,"yang santau kau ni perempuan,dia suka kat kau,tapi kau tolak dia,sebab tu dia santau kau".sambil mnjeling saya,beliau menambah,"kau kenal tak sape perempuan tu?".Spontan saya jawab,"entah la nek,saya ramai sangat kawan perempuan".Ya,sebelum ni,saya lebih playboy daripada cerita 'playboy itu suami aku'.Ramai perempuan telah dipermainkan oleh saya.mungkin ini balasan tuhan kepada saya.Nenek itu terus berkata,"santau ni dah lama dah,dah hampir 3 tahun,sihir ni dah makan habis tulang kau,kalau tak ubat,lepas raya ni dah tak sempat dah".Tak sempat?

Saya menyesal gila sebab dulu-dulu selalu sangat mempermainkan perempuan,nah,sekarang baru saya ada akal.Saya telah diubati dengan cara yang saya rasa tidak syirik dari segi agama islam.Saya diberi minum air kunyit dan air kelapa yang telah dibaca-baca (dijampi).Saya masih lagi ingat kata-kata beliau,"penyakit kau ni,kalau kau pergi jumpa doktor,dia cakap kau ni mungkin kena sakit TB,kalau kau makan banyak mana ubat pun,takkan baik punya".Saya yang mulanya ragu-ragu dengan kredebiliti nenek tu,terus saya rasa kagum,saya tak cakap pun pada dia yang doktor suspect saya kena TB,macamana dia tahu?

Selepas saya habis berubat,saya mestilah mengikut segala pantangnya,saya tidak dibenarkan memakan makanan dari haiwan berbisa,contohnya ikan pari atau ikan keli.bukan ulau sendok tau.huhu.saya juga dilarang meminum air bergas.huhh..Saya merasai segala perubahan sejak itu,saya tidak lagi diserang penyakit yang selalu saya alami sebelum ini.Tetapi,suatu hari diKajang,selangor,saya telah melanggar pantang larangnya,saya terminum air bergas!Dan sejak tu saya mula diserang penyakit,dan tahun ini adalah paling teruk sekali saya diserang.Hahhhh..menyesalnya saya minum air gas tu,Hari ni saya menulis dalam keadaan tidak sihat,bagi saya,air gas tu cuma pencetus penyakit yang menyerang saya kini,tapi hakikatnya,setiap penyakit datangnya daripada Allah S.w.t,Mungkin selama ni,saya lupa pada Dia,sebab tu la saya diberi berbagai penyakit,untuk menyedarkan saya yang semakin lupa pada Dia.Saya pasrah dan berserah sekarang,jika ada masa,saya akan berjumpa nenek yang mengubati saya dahulu.Bagi saya,segala penyakit yang saya hidapi hari ini,mungkin kerana Allah  mahu mencuci dosa-dasa saya yang tak terhitung banyaknya.Saya bersyukur Pada Allah yang maha berkuasa kerana menghantar penyakit ini.walaupun kadangkala saya memaki hamun dan mengeluh pada penyakit ini.Hakikatnya,saya hanyalah manusia biasa..bukannya seorang malaikat.

Saturday, 15 November 2014

Beautiful Nightmare

Aku....
telah jatuh cinta..
pada si gadis..oh jelita.
Aku..
suka padanya...suka dia ketawa.. ha.ha.ha..
membuatkan..aku hampir.. histeria..
Tapi aku..belum bisa..meluahkan kata cinta..
Pada dirinya..
Aku..
ingin bertanya..pada dirinya..si gadis oh jelita..
kamu..
sudahkah berpunya?siapakah jejaka yang bertaktha dihatimu?
si gadis..oh gadis jelita..
Aku..
telah jatuh cinta..pada dirinya.. oh si gadis..jelita...
Aku..
bisa buatkan..kau merasa...bahagia...merasa gembira..
Tapi aku..
belum bisa..meluahkan..kata cinta..ku padanya ..
Aku..
telah jatuh cinta..pada Si dia.. oh Si gadis..jelita...

Sunday, 6 April 2014

Intro

assalamualaikum...
hari ni saya nak intro je...
lainkali saya akan mulakan penulisan saya..
harap anda support penulisan saya..ok

New Update

PUISI [BERIKAN AKU CHENTA]

Saya dari dulu memang minat dalam penulisan sajak dan puisi.sejak dari bangku sekolah hingga la meningkat dewasa.Kebanyakan puisi dan sajak...