Monday, 27 March 2017

Tahun yang menyakitkan

Assalamualaikum..Dalam beberapa tahun yang lepas hinggalah dibulan serta tahun ini,saya langsung tak berpeluang untuk online disosial media.Blog baru yang saya cuba bangunkan ini juga terbengkalai,walaupun tiada sesiapa pun yang singgah di blog ini,saya tetap akan meneruskan penulisan didalam blog ini.(syok sendiri..kikiki).Hampir setengah tahun saya tak dapat melakukan sebarang pekerjaan,bukan disebabkan sindrom 'melayu malas' mahupun menunggu rezeki turun daripada langit,Tapi Ini disebabkan saya dan keluarga telah diserang penyakit yang misteri.Boleh dikatakan kami semua mengalami bengkak dikaki dan juga ditangan.Walaupun Situasi ini mungkin bersifat normal,tapi bagi saya ianya agak abnormal..supernatural.

Doktor mengatakan kemungkinan kami diserang penyakit 'angin' dan juga diserang penyakit radang tulang.Bagi saya,mana mungkin kami bertiga diserang penyakit yang sama dan juga pada masa yang sama,ianya agak aneh.Sambil kami berikhtiar perubatan moden,kami juga mencuba perubatan tradisional.Melalui perubatan tradisional,Kami di-diagnosis telah terkena sihir dari seseorang yang dipercayai saudara terdekat kami yang dikatakan marah kerana masalah perebutan tanah pusaka.Ya,begitu detail sekali punca penyakit tersebut diterangkan oleh dokter tradisional itu.Bagi saya,Saya mempercayai kedua-dua pihak,baik moden mahupun tradisional,Mengikut pengalaman saya,'Sihir' merupakan satu entiti yang canggih sekali walaupun ianya telah lama wujud sejak zaman purbakala lagi.Ramai yang tidak sedar,sihir adakalanya menjadi pencetus kepada beberapa penyakit dizaman moden ini.


Contohnya,seseorang yang di-diagnosis  mengalami penyakit batuk kering oleh dokter moden mungkin tidak menyedari,dalang disebalik penyakit tersebut adalah 'sihir'.Mungkin anda merasakan saya begitu kolot ataupun mungkin paranoid,tetapi percayalah,kebanyakan sihir berselindung disebalik penyakit moden.Sihir juga kadangkala menjadi pencetus bagi penyakit-penyakit moden.Tetapi diingatkan,bukan semua penyakit dicetuskan oleh sihir.ok?huhu..


Melalui pengalaman saya akibat terkena sihir 5 tahun lalu,(selalu nau saya kena sihir.huhu).Saya mengalami batuk-batuk dan selalu diserang sakit selama 3 ke 4 tahun.Serius,ubat yang saya kumpul selama 4 tahun tu dah cukup untuk saya membuka farmasi.hohoho.Satu hari tu,saya berusaha untuk mengetahui punca penyakit saya,hampir sebulan saya turun naik ke hospital kerajaan untuk melakukan ujian kesihatan.Selama itu,saya telah diujikaji oleh pihak hospital seperti seekor tikus makmal,Darah saya diambil,paru-paru saya di-Xray,leher saya dicucuk jarum,saya juga ditendang kesana kesini berjumpa pakar-pakar dihospital tersebut.pada mulanya saya disyaki menghidapi penyakit batuk kering a.k.a TB.What the?
!Masa tu saya tersangat la ketakutan.Fikiran saya membayangkan saat-saat kematian saya.


"banyaknya dosa aku"."kalau aku mati macamana?aku belum bertaubat lagi"."Allah  ampun kan ke dosa-dosa aku?".ahhh..masa tu saya betul-betul down,kerja saya pun terganggu akibat terlalu banyak membazirkan waktu untuk appointment  dengan pihak hospital.Selepas beberapa ujian,saya disahkan negatif TB.What?Pihak hospital masih lagi tidak berpuashati,simptom-simptom nya jelas,tetapi hasil ujiannya negatif!,ibarat saya menjadi induk bagi penyakit baru,penyakit yang tiada dalam rekod-rekod perubatan antarabangsa.Saya masih lagi diminta pihak hospital untuk melakukan beberapa ujian,tetapi saya mengelak dan memberi berbagai alasan untuk tidak meneruskan ujian tersebut.

Akhirnya,saya bersama ibu saya mencari alternatif lain,perubatan tradisional.Saya ke sebuah perkampungan di masjid tanah melaka untuk berjumpa seorang Nenek yang juga seorang pengamal perubatan tradisional.Setibanya disana,parking dihalaman rumahnya hampir penuh dengan kenderaan.Sambil berbual-bual dengan pesakit yang menunggu giliran,baru saya tahu,kebanyakan pesakit yang datang kesitu bukannya anak jati melaka,ada yang datang dari selangor,johor dan yang paling jauh sekali daripada singapura.Wow..Bukan calang-calang orang nenek ni.Akhirnya sampailah giliran saya,sambil duduk bersila didepan beliau,nama saya ditanya dan seterusnya saya ditanya tentang penyakit yang saya alami.Saya menerangkan nama dan sakit-sakit yang saya alami.Sambil memotong limau dan terkumat-kamit membaca seseuatu,beliau akhirnya mengatakan sesuatu."kau dah kena santau dengan orang ni".Haaaaa...Santau?saya harus percaya atau tidak?kemudian beliau menyambung semula perbualan tadi,"yang santau kau ni perempuan,dia suka kat kau,tapi kau tolak dia,sebab tu dia santau kau".sambil mnjeling saya,beliau menambah,"kau kenal tak sape perempuan tu?".Spontan saya jawab,"entah la nek,saya ramai sangat kawan perempuan".Ya,sebelum ni,saya lebih playboy daripada cerita 'playboy itu suami aku'.Ramai perempuan telah dipermainkan oleh saya.mungkin ini balasan tuhan kepada saya.Nenek itu terus berkata,"santau ni dah lama dah,dah hampir 3 tahun,sihir ni dah makan habis tulang kau,kalau tak ubat,lepas raya ni dah tak sempat dah".Tak sempat?

Saya menyesal gila sebab dulu-dulu selalu sangat mempermainkan perempuan,nah,sekarang baru saya ada akal.Saya telah diubati dengan cara yang saya rasa tidak syirik dari segi agama islam.Saya diberi minum air kunyit dan air kelapa yang telah dibaca-baca (dijampi).Saya masih lagi ingat kata-kata beliau,"penyakit kau ni,kalau kau pergi jumpa doktor,dia cakap kau ni mungkin kena sakit TB,kalau kau makan banyak mana ubat pun,takkan baik punya".Saya yang mulanya ragu-ragu dengan kredebiliti nenek tu,terus saya rasa kagum,saya tak cakap pun pada dia yang doktor suspect saya kena TB,macamana dia tahu?

Selepas saya habis berubat,saya mestilah mengikut segala pantangnya,saya tidak dibenarkan memakan makanan dari haiwan berbisa,contohnya ikan pari atau ikan keli.bukan ulau sendok tau.huhu.saya juga dilarang meminum air bergas.huhh..Saya merasai segala perubahan sejak itu,saya tidak lagi diserang penyakit yang selalu saya alami sebelum ini.Tetapi,suatu hari diKajang,selangor,saya telah melanggar pantang larangnya,saya terminum air bergas!Dan sejak tu saya mula diserang penyakit,dan tahun ini adalah paling teruk sekali saya diserang.Hahhhh..menyesalnya saya minum air gas tu,Hari ni saya menulis dalam keadaan tidak sihat,bagi saya,air gas tu cuma pencetus penyakit yang menyerang saya kini,tapi hakikatnya,setiap penyakit datangnya daripada Allah S.w.t,Mungkin selama ni,saya lupa pada Dia,sebab tu la saya diberi berbagai penyakit,untuk menyedarkan saya yang semakin lupa pada Dia.Saya pasrah dan berserah sekarang,jika ada masa,saya akan berjumpa nenek yang mengubati saya dahulu.Bagi saya,segala penyakit yang saya hidapi hari ini,mungkin kerana Allah  mahu mencuci dosa-dasa saya yang tak terhitung banyaknya.Saya bersyukur Pada Allah yang maha berkuasa kerana menghantar penyakit ini.walaupun kadangkala saya memaki hamun dan mengeluh pada penyakit ini.Hakikatnya,saya hanyalah manusia biasa..bukannya seorang malaikat.

No comments:

Post a Comment

New Update

PUISI [BERIKAN AKU CHENTA]

Saya dari dulu memang minat dalam penulisan sajak dan puisi.sejak dari bangku sekolah hingga la meningkat dewasa.Kebanyakan puisi dan sajak...